Airbus serah pesawat pertama A330neo kepada MAS

40

Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines telah menerima penghantaran pesawat A330neo pertamanya, menurut Airbus.

Dalam kenyataan hari ini, pengeluar pesawat itu berkata A330-900 adalah yang pertama daripada 20 unit yang disewa daripada Avolon oleh MAG yang menetapkan piawaian baharu untuk kecekapan bahan api dan pengalaman penumpang.

“Malaysia Airlines akan menggunakan pesawat ini bagi laluan di seluruh Asia dan Pasifik serta di laluan terpilih ke Asia Barat,” katanya.



 

Pesawat A330neo MAG dikonfigurasikan dengan susun atur premium dua kelas dan menampilkan 297 tempat duduk, termasuk 28 suite kelas perniagaan yang boleh dibaringkan sepenuhnya serta kabin ekonomi baharu yang mampu memuatkan 269 penumpang.

Menurut Airbus, MAG menjadi syarikat penerbangan ke-20 yang menyertai kumpulan operator global pesawat A330neo yang moden dan cekap bahan api.

Setakat ini, Airbus telah menyerahkan lebih daripada 140 pesawat A330neo kepada syarikat penerbangan di seluruh dunia.

MAG memilih 20 pesawat A330neo dalam inisiatif pembaharuan kumpulan pesawatnya pada 2022 berikutan ukuran badannya yang lebar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here