KLIMS: SAIC Motor Malaysia pamer MG Cyberster buat pertama kali di negara ini

24

Sempena Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS), SAIC Motor Malaysia bakal mempamerkan barisan model MG, sekali gus penampilan sulung MG Cyberster di Malaysia.

Bermula dari 5 hingga 11 Disember, dari jam 10 pagi di MITEC KL, acara itu menawarkan peluang istimewa kepada pengunjung untuk menyaksikan kenderaan MG yang inovatif dan bergaya, direka khas untuk memenuhi pelbagai keperluan.

Baca juga artikel berkaitan

>> Miliki kenderaan elektrik MG ansuran percuma sehingga 20 bulan, jimat RM26,000



Antara tarikan utama pameran ini ialah penampilan sulung MG Cyberster di Malaysia, sebuah roadster dua tempat duduk yang anggun, dengan harga rasmi yang bakal diumumkan.

Model-model menarik lain termasuk MG4 EV, MG5, dan MG HS SUV yang kini sedia ada, serta MG3 HEV, MG7, dan MG ZS HEV yang bakal dilancarkan turut dipamerkan untuk tontonan umum.

Baca juga artikel berkaitan

>> Dua wanita daripada 39 peserta menamatkan pengijazahan Juruteknik Bertauliah MG

Pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai faedah eksklusif, termasuk hadiah menarik dengan setiap tempahan kenderaan MG serta ganjaran tambahan di ruang pameran MG (2A02) yang terletak di Tingkat 2.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here