KLIMS: Toyota Camry HEV 2025 dilancar – 2.5 Dynamic Force dengan 186PS/221Nm, RM248,888

44

UMW Toyota memperkenalkan Camry HEV baharu di Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024). Sedan segmen-D ini hadir dengan enjin 2.5 hibrid HEV dan ditawarkan pada harga RM248,888.

Mula dilancarkan di Thailand baru-baru ni, Camry HEV dikuasakan oleh enjin 2.5-liter Dynamic Force dengan output 186PS dan 221Nm tork, dibantu oleh motor elektrik 136PS/208Nm. Ini memberikan jumlah output 230PS.



Transmisi ialah eCVT, dengan kemampuan sehingga 1,250km jarak pemanduan dari setiap tangki penuh.

Dari segi rupa, Toyota Camry HEV baharu mendapat rekaan Hammerhead dengan gril depan nipis, lebih lebar, dan lebih agresif. Rim adalah 18-inci, dibaluti tayar Bridgestone Turanza.

Kelengkapan dalaman terdiri dari paparan skrin sesentuh 12.3-inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay, bumbung panoramik, panel instrumen berwarna penuh, tempat duduk pemandu dengan pelarasan 8-arah, sokongan lumbar, dan dua tetapan memori.

Terdapat juga pembesar suara JBL, fungsi arahan suara, sistem pendingin hawa tiga-zon, dan pengecas tanpa-wayar 15W.

Toyota Camry HEV ini turut didatangkan dengan pakej keselamatan Toyota Safety Sense 3.0. Terdapat lima pilihan warna iaitu Cement Grey, Platinum White Pearl, Attitude Black, Dark Blue Mica (+RM800), Precious Metal (+RM800), dan Emotional Red (+RM800).

Seperti disebut tadi, harga ialah RM248,888 dengan jaminan 5-tahun, serta jaminan bateri hibrid 8-tahun yang boleh dipanjangkan sehingga 10 tahun dengan tambahan RM3,500.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here