KLIMS: Toyota Corolla Cross facelift dilancar – tiga varian, dari RM134k

37

Selepas dibuka tempahannya, Toyota Corolla Cross facelift dilancar secara rasmi hari ini di acara Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024).

SUV ini ditawarkan dengan varian dan harga seperti berikut:



Corolla Cross 1.8V: RM133,800
Corolla Cross 1.8 HEV: RM140,800
Corolla Cross 1.8 HEV GR Sport: RM148,800

Jika anda perasan, Corolla Cross GR Sport sedia ada bukan model hibrid, tetapi untuk facelift, ia diasaskan dari model HEV. Walaubagaimanapun, SUV ini masih dipasang secara CKD di kilang UMW Toyota di Bukit Raja, Selangor.

Pembaharuan pada Corolla Cross facelift ini merangkumi lampu bi-LED, gril baharu lebih nipis, skrin infotainmen lebih besar bersaiz 10.1-inci, sambungan Android Auto dan Apple Carplay tanpa-wayar, dan paling penting, brek parkir elektronik.

Kesemua varian mendapat rim 18-inci, dimana ianya berwarna kelabu gelap untuk 1.8V dan HEV, sementara varian GR Sport didatangkan dengan rim dwi-tona. Terdapat lima pilihan warna iaitu Red Mica Metallic, Platinum White Pearl, Silver Metallic, Celestite Grey Metallic (HEV only) dan warna baharu Dark Turquoise.

Anda juga boleh menghidupkan enjin secara kawalan jauh dengan aplikasi Toyota MY, dalam masa yang sama menghidupkan pendingin hawa. Ciri keselamatan bagi Toyota Corolla Cross facelift juga terdiri dari pakej Toyota Safety Sense 2.0.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here