Bermaz Motor mempertingkatkan daya saing mereka dalam pasaran SUV segmen-C dengan pengenalan CX-5 MS Limited Edition, di acara Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024).
MS Limited Edition (LE) ini ditawarkan sebagai pakej untuk menjadikan Mazda CX-5 anda lebih sporti. Ia direka menggunakan falsafah Zoom-Zoom oleh MazdaSports.
Pakej MS LE ini hadir dengan kemasan Gloss Black pada beberapa komponen badan termasuklah bampar, cermin sisi, dan rim 19-inci. Ia juga dilengkapi dengan spoiler dan ekzos MS khas.
Terdapat juga ‘jajan’ prestasi seperti strut bar depan berwarna hitam yang bukan sahaja nampak sporti, tetapi juga meningkatkan kestabilan dan respon pemanduan.
Di bahagian dalam, CX-5 MS LE didatangkan dengan kemasan suede, pedal sports, jahitan benang merah, termasuk pada penanda tengah di roda stereng.
Pakej Mazda CX-5 MS Limited Edition ditawarkan pada harga RM12,000 dan hadir dengan jaminan 1-tahun Mazda Genuine Accessory Warranty. Tempahan kini dibuka, dan penghantaran dijangka pada 2025.