Mazda CX-60 telah dipertontonkan buat pertama kali di Malaysia, secara eksklusif di acara Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024).
CX-60 merupakan model kumpulan First Mazda Large Group, boleh dikatakan sebagai model premium yang akan memasukkan Mazda dalam liga yang sama dengan pengeluar-pengeluar seperti BMW, Mercedes-Benz dan Volvo.
Mazda CX-60 merupakan model serba baharu yang dibina di atas platform SkyActiv Multi Solution Scalable Architecture.
Sekilas pandang, anda terus kenal ia sebuah Mazda berdasarkan bahasa rekaan Kodo seperti model-model lain. Tetapi bila diamati lebih teliti, anda akan dapati SUV ini membawakan kelengkapan dan kemasan premium.
Enam warna ditawarkan untuk CX-60 ini iaitu Soul Red Crystal Metallic, Machine Grey Metallic, Rhodium White Metallic, Platinum Quartz Metallic, Deep Crystal Blue Mica, dan Jet Black Mica.
Bergantung kepada varian, kelengkapan dalaman merangkumi balutan kulit Nappa dengan kemasan kayu maple, dengan dua paparan bersaiz 12.3-inci untuk panel instrumen dan infotainmen.
Ciri standard lain termasuklah Active Driving Display, head-up display, lampu LED adaptif, bumbung panoramik, sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara, pengecas tanpa-wayar, dan pintu but berkuasa.
Ciri standard lain termasuklah Active Driving Display, head-up display, lampu LED adaptif, bumbung panoramik, sistem audio Bose dengan 12 pembesar suara, pengecas tanpa-wayar, dan pintu but berkuasa.
Mazda CX-60 untuk pasaran global mempunyai beberapa pilihan enjin seperti 3.3-liter petrol, 3.3-liter diesel, 3.3-liter hibrid, dan 2.5-liter petrol.
Unit yang dipamerkan di KLIMS ini ialah versi 3.3-liter e-SkyActive-G petrol 6-silinder dengan sistem hibrid 48V. Pakej ini menghasilkan 280hp dan 450Nm tork, dengan kuasa disalurkan melalui kotak gear automatik 8-kelajuan.
Walaubagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada pasaran Malaysia akan mendapat CX-60 dengan enjin ini atau enjin lain. Pada pendapat anda, rasanya enjin mana yang kita akan dapat? Dan mampukah CX-60 bersaing dengan jenama-jenama premium lain sedia ada?