KLIMS: Mazda CX-80 didedahkan – SUV premium tiga baris tempat duduk, RWD/AWD

17

Selain CX-60, Bermaz Motor juga menggunakan acara Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024) untuk mendedahkan satu lagi SUV premium, CX-80.

Juga dibina pada platform Large Group Product, tetapi CX-80 lebih besar dari CX-60, dengan panjang hampir lima meter dan jarak roda kira-kira tiga meter.



CX-80 merupakan SUV dengan tiga baris tempat duduk dengan kemampuan memuatkan enam atau tujuh penumpang.

Sama seperti CX-60 yang menggunakan bahan premium dalam kabin, Mazda CX-80 turut membawakan sistem infotainmen canggih dengan fungsi kawalan suara Alexa, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, skrin digital 12.3-inci, sistem audio Bose, serta kehadiran outlet kuasa pada ruang kargo.

Bergantung kepada pasaran, Mazda CX-80 boleh dibekalkan dengan pililihan enjin seperti 2.5-liter petrol PHEV, 3.3-liter diesel hibrid 48V dan 3.3-liter diesel 6-silinder. Sistem pacuan pula sama ada RWD atau AWD, dengan kotak gear 8-kelajuan automatik.

Apa pendapat anda mengenai Mazda CX-80 ini? Kami rasa ianya cukup cantik tetapi bakal berhadapan persaingan sengit. Sekiranya Bermaz Motor menawarkan SUV ini dengan pakej menarik, pasti boleh laris!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here