Kia Sportage CKD 2025 kini dibuka tempahannya untuk pasaran Malaysia. SUV segmen-C pesaing kepada X70, CR-V, CX-5, dan Tiggo 7 Pro ini ditayangkan di acara Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024).
Sportage 2025 ditawarkan dalam empat varian, dengan harga seperti berikut:
Sportage 2.0G 2WD – RM151,219.60
Sportage 2.0G 2WD High – RM161,219.60
Sportage 1.6T 2WD High – RM180,900
Sportage 1.6T AWD High – RM190,900
Model dengan enjin 2.0G dipacu oleh unit 2.0-liter naturally-aspirated dengan output 154hp dan 192Nm tork. Kuasa disalurkan ke roda depan melalui kotak gear automatik 6-kelajuan.
Sementara itu, varian 1.6T mendapat enjin 1.6-liter turbo petrol yang menghasilkan 177hp dan 265Nm tork. Transmisi pula ialah dwi-klac automatik dengan 7-kelajuan, tetapi hadir dengan pilihan 2WD dan AWD.
Ciri standard pada Kia Sportage 2025 ini termasuklah rim 17-inci, lampu LED automatik, papara instrumen TFT 4.2-inci, pilihan mod pemanduan, skrin infotainmen 8-inci dengan Android Auto dan Apple Carplay, serta kamera undur.
Empat warna badan boleh dipilih untuk Kia Sportage 2025, iaitu Astra Blue, Meteor Grey, Jet Black, dan Snowflake White Pearl.
Setiap pembelian Sportage hadir dengan jaminan 5-tahun/100,000km dengan servis percuma.