KLIMS: MG lancar Cyberster – EV roadster dengan jarak pemanduan 446km, harga RM320k

26

SAIC Motor Malaysia mengumumkan harga bagi MG Cyberster iaitu RM319,900, bertempat di acara Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024).

MG Cyberster adalah roadster elektrik (EV) pertama di Malaysia, menawarkan kuasa 503PS dan 725Nm tork dengan pacuan semua-roda (4WD).



Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.2 saat. Dilengkapi dengan bateri 77kWh, MG Cyberster menawarkan jarak pemanduan sehingga 446km, dan pengecasan pantas dari 10 hingga 80 peratus hanya dalam 38 minit.

Reka bentuknya menonjolkan siluet rendah, pintu gunting elektrik tanpa bingkai, roda aloi 20-inci Jetstream, serta dalaman sporty mewah dengan sistem infotainmen canggih dan audio premium Bose.

Selain itu, MG Cyberster juga dilengkapi dengan ciri keselamatan komprehensif MG Pilot untuk pengalaman pemanduan yang selamat dan memuaskan.

MG Cyberster ditawarkan dalam empat warna menarik: Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow, dan English White.

Dynamic Red dan Camden Grey hadir dengan dalaman hitam dan merah, sementara Inca Yellow dan English White dilengkapi dalaman kelabu.

Pembelian MG Cyberster hadir dengan pakej berikut:

  • 7-tahun atau Waranti Perbatuan Pada Kenderaan
  • 8-tahun atau 180,000km Waranti Perbatuan Pada Pek Bateri Voltan Tinggi
  • 8-tahun atau Waranti Perbatuan 160,000km Pada Pacuan Motor dan Unit Kawalan Motor
  • 1-tahun Pengecasan Tanpa Had dengan JomCharge dan Fungsi Pengecasan Automatik
  • Percuma Kotak Pengecasan Dinding 7kW

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here