Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menggunakan acara Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024) untuk mempamerkan Xpander dan Triton baharu yang dilengkapi dengan aksesori asli khas.
Untuk Xpander, MPV ini dilengkapkan dengan aksesori merangkumi kit badan, kemasan ekzos, penutup tangki minyak, emblem di bonet, dan spoiler belakang. Bahagian dalam pula didatangkan dengan pad pengecas tanpa-wayar dan alas but.
Triton pula disiapkan dengan sports bar, sistem bantuan pintu kargo, visor tingkap, plat sisi dengan nyalaan LED, dan kemasan pada pemegang pintu.
MMM juga memperkenalkan program MAX Leasing untuk pelanggan armada yang dibangunkan untuk kemudahan pajakan kenderaan, perlindungan kewangan, dan penjimatan operasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai MAX Leasing, layari salescaremy@aldautomotive.com.