KLIMS: Nissan rasmi lancar Kicks e-Power, dua varian, harga dari RM114k

10

Nissan Kicks e-Power akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia hari ini, dengan dua varian iaitu VL pada RM113,800 dan VLT pada RM121,800. Pelancaran SUV itu dibuat di acara Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024).

Kicks e-Power dibekalkan dengan enjin 1.2-liter berkuasa 82PS/103Nm yang digandingkan dengan motor elektrik 129PS/280Nm. Pek bateri ialah berkapasiti 2.06kWh.



Pakej ini membolehkan Nissan Kicks e-Power mencapai 100km/j dalam 9.5 saat, sementara penggunaan bahan api adalah serendah 21.7km per liter. Secara teori, tangki sebesar 41 liter boleh memberikan jarak sehingga 900km untuk SUV ini.

Terdapat mod pemanduan Normal, Eco, Sport, dan e-Pedal Step.

Ciri standard pada Kicks ini termasuklah lampu LED, rim 17-inci, tempat duduk fabrik ‘zero gravity’, pendingin hawa automatik, sambungan Android Auto/Apple Carplay, dan tujuh beg udara. Varian VLT pula mendapat ciri tambahan seperti balutan kulit dwi-tona dan paparan 360-darjah.

Bergantung kepada varian, Nissan Kicks boleh didapati dalam enam warna iaitu Black Star, Brilliant White Pearl, Brilliant Silver, Red Pearl, Sunrise Orange, dan Dark Metal Grey.

Setiap pembelian Nissan Kicks e-Power hadir dengan jaminan 5-tahun/100,000km untuk kenderaan dan 8-tahun/160,000km untuk bateri, ECU, inverter dan motor elektrik.

Di acara KLIMS 2024 ini juga, Nissan turut mempamerkan X-Trail e-Power dengan enjin 1.5-liter turbo hibrid berkuasa 204PS dan 330Nm tork. Menarik untuk menjadi pencabar X70, CR-V dan CX-5?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here