KLIMS: GAC Aion ES dilancar – Sedan EV dengan jarak sehingga 442km, dari RM107k sahaja

1

Pasaran sedan EV semakin rancak nampaknya di Malaysia, dengan pendatang terbaharu iaitu GAC Aion ES yang baru dilancarkan di Kuala Lumpur International Mobility Show 2024 (KLIMS 2024) hari ini.

Ia ditawarkan dalam varian tunggal buat masa ini dengan harga RM106,800. Sempena pelancaran rasmi ini juga, pembeli-pembeli akan mendapat pengecas wallbox 7kW bernilai RM3,500 secara percuma.



Dari segi saiz, GAC Aion ES lebih besar sedikit dari sedan-sedan segmen-C tradisional seperti Civic, Corolla Altis dan Mazda3.

Nadi kepada Aion ES ini ialah bateri LFP berkapasiti 55.2kWh yang membekalkan kuasa ke motor elektrik 136hp/225Nm untuk roda depan. Ini memberikan jarak pemanduan sehingga 442km.

GAC Aion ES akan memerlukan 11 jam untuk pengecasan AC 6.6kW manakala satu jam setengah dari 30 hingga 80 peratus dengan pengecasan DC 60kW. Terdapat juga ciri V2L 3.3kW serta pemanduan satu-pedal.

Ciri standard pada sedan ini termasuklah lampu LED, pendingin hawa dwi-zon, tempat duduk kulit, pintu but berkuasa, dan tingkap berkuasa satu-sentuhan. Paparan LCD, sambungan Apple Carplay, dan butang gear rotari juga terdapat pada Aion ES.

Setiap pembelian sedan EV ini dilindungi dengan jaminan 8-tahun/160,000km untuk kenderaan, dan 8-tahun/200,000km untuk komponen elektrik. Menarik?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here