Skuter maksi Aveta Vanguard 250 bakal menjengah pasaran tempatan. Model tersebut dipertontonkan pada Pameran Motosikal Milan (2024) bersama Malaguti Spidermax 300 dan Wottan Motor GT2.
Aveta kini sedang melakukan ujian enduran Vanguard 250 bagi memenuhi permintaan penunggang tempatan.
Informasi lengkap skuter tersebut masih belum didedahkan dan menerusi enjin 250cc ia memberikan kuasa yang dipertingkatkan dan serba boleh untuk perjalanan di bandar dan kembara.
Ciri peralatan lain yang ditawarkan antaranya skrin LCD TFT, pengecas USB, penghidup tanpa enjin dan sambungan bluetooth.
ARTIKEL LAIN