Kecekapan juruterbang MAS mendarat di Heathrow dapat pujian netizen

535

Kecekapan dan kemahiran juruterbang Malaysia Airlines tidak boleh disangkal lagi apabila kemahiran salah seorang daripada mereka terus mendapat pujian orang ramai.

Pujian tersebut diperolehi daripada masyarakat dunia selepas klip video pendaratan pesawat Malaysia Airlines Airbus A350-900 baharu membuat pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, tular di media sosial.

Lebih membanggakan, juruterbang yang mengendalikan pesawat jumbo itu berjaya mengimbangi pesawat tersebut ketika menghadapi keadaan ribut serta angin kencang semasa mendarat di lapangan terbang terkenal itu.



Rata-rata orang ramai memuji ketangkasan serta kemahiran yang ada dalam diri juruterbang Malaysia itu.

“Terbaik pilot MH, selamba saja dia mendarat dalam keadaan cuaca macam tu,” kata Asyraf Hambali.

“Penerbangan terbaik oleh kepten kapal. Pendaratan yang sangat baik. Tunduk hormat untuk kapten MAS,” komen Wai Long Mok.

Untuk rekod, kejadian itu bukan pertama kali membabitkan juruterbang MAS, malah sebelum ini beberapa klip video telah tersebar menyaksikan kemahiran juruterbang Malaysia dalam mengendalikan pesawat besar dalam keadaan angin lintang di beberapa lapangan terbang pernah ditularkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here