Electrogenic jual kit plug & play EV untuk pemilik MX-5 generasi pertama

55

Anda mungkin pernah mendengar nama syarikat UK Electrogenic yang sebelum ini bertanggungjawab menghasilkan kit penukaran EV untuk model klasik Land Rover, Mini, Porsche 911, Jaguar E-Type dan DeLorean DMC-12.

Kini, syarikat yang berpangkalan di Oxford itu menghasilkan kit penukaran EV untuk digunakan oleh para pemilik generasi pertama Mazda MX-5 Miata NA.



Sama seperti kit-kit EV lain yang dijual, pakej EV untuk Miata ini direka supaya mudah untuk dipasang pada ruang enjin sedia ada, di mana tiada sebarang pemotongan atau penggerudian yang perlu dibuat.

Dengan motor elektrik tunggal berkuasa 160 hp, Miata NA EV boleh memecut sepantas enam saat dari pegun ke 97 km/j, dengan had kelajuan sekitar 185 km/j.

Biarpun dengan unit pacuan elektrik, Electrogenic mendakwa nisbah agihan berat badan Miata NA EV ini adalah sama seperti model asal berenjin petrol.

Malah, berat badan baharu Miata NA dengan trenkuasa EV hanyalah sekitar 1,100 kg, atau 12 kg lebih ringan berbanding Miata RF 2025!

Pek bateri 42 kWh membenarkan jarak gerak sejauh 240 km untuk sekali cas penuh.

Selain itu, Electrogenic turut menyediakan beberapa mod pemanduan yang boleh dipilih, serta fungsi brek janaan semula.

Sebagai seorang yang masih setia dengan enjin pembakaran dalaman, adakah anda bersetuju dengan projek ubah suai yang dipamerkan oleh Electrogenic ini?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here