Consumer Reports menyenaraikan 20 pengeluar automotif yang paling dipercayai untuk tahun 2024.
Tidak mengejutkan apabila jenama automotif Jepun mendahului senarai mengalahkan jenama-jenama automotif dari negara Jerman dan Amerika Syarikat.
Namun begitu, apa yang mengejutkan ialah jenama yang duduk paling atas dalam senarai bukanlah Toyota ataupun Lexus, sebaliknya ia dipegang oleh Subaru!
Menurut Consumer Reports, dua model Subaru – Forester dan Impreza – memperoleh skor cemerlang melebihi markah purata, manakala selebihnya mendapat markah atas purata hingga purata. Hanya satu sahaja model Subaru mendapat markah di bawah purata, iaitu Solterra.
Walaupun Toyota turun takhta pada tahun ini ke tempat ketiga, Consumer Reports mendedahkan 11 buah model jenama itu mempunyai skor melebihi purata markah keseluruhan.
Berikut merupakan senarai 20 pengeluar yang boleh dipercayai untuk tahun 2024:
1. Subaru
2. Lexus
3. Toyota
4. Honda
5. Acura
6. Mazda
7. Audi
8. BMW
9. Kia
10. Hyundai
11. Buick
12. Nissan
13. Ford
14. Genesis
15. Volvo
16. Chevrolet
17. Tesla
18. Volkswagen
19. Jeep
20. GMC