Neta V (2024) terima 0-bintang penarafan ASEAN NCAP

39

Neta V menerima penarafan sifar bintang dalam ujian penilaian kenderaan baharu ASEAN NCAP mengikut protokol 2021-2025.

Model yang diuji merupakan varian V tahun 2024 dari China bagi pasaran Brunei, Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Kereta elektrik (EV) berkenaan menerima skor keseluruhan 28.55 merangkumi :



  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) : 7.89
  • Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) : 13.15
  • Bantuan Keselamatan (SA) : 7.14
  • Keselamatan Penunggang Motosikal (MS) : 0

Model berkenaan turut menerima skor sifar bagi ujian impak depan dan teknologi perlindungan kepala. Neta menerima skor 6.31 daripada lapan mata penuh bagi impak sisi. 

Bagi kategori Bantuan Keselamatan, Neta turut menerima skor sifar bagi ujian brek kecemasan autonomi dan SAT termaju.

Asean NCAP menyatakan ujian perlanggaran depan menunjukkan perlindungan penumpang yang lemah, disebabkan oleh “struktur badan yang lemah” dan “sistem kekangan yang terjejas”, sangat membahayakan keselamatan penghuni. 

Neta V dilengkapi dengan dua beg udara, peringatan tali pinggang keledar buat pemandu, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan kawalan stabiliti.

Model tersebut tidak didatangkan dengan ADAS termasuklah brek kecemasan autonomi dan amaran perlanggaran depan. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here