KLIMS: Toyota dominasi pameran dengan jentera konsep futuristik

6

Selepas tujuh hari berlangsung, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) akhirnya melabuhkan tirainya. Acara ini, yang kali terakhir diadakan pada 2018, telah menarik penyertaan pelbagai jenama automotif global, termasuk Toyota yang tampil dengan ruang pameran terbesar dan paling menonjol.

Toyota tidak hanya melancarkan dua model hibrid baharu, iaitu Toyota Corolla Cross dan Toyota Camry, tetapi juga mempamerkan pelbagai jentera konsep yang menonjolkan reka bentuk futuristik serta teknologi rangkaian kuasa baharu.

Ruang pameran Toyota menjadi tumpuan utama kerana memiliki koleksi jentera konsep paling banyak berbanding jenama lain.



Berikut adalah jentera konsep Toyota yang menarik perhatian:

1. Land Cruiser SE

  • Prestasi elektrik berkuasa tinggi dengan tork mantap.
  • Reka bentuk anggun dan elegan, dengan kabin senyap serta konfigurasi tiga baris tempat duduk.
  • Sesuai untuk pelbagai keperluan global, menggabungkan kemewahan dan praktikaliti.

2. FT-3e: Visi Elektrifikasi Masa Depan

  • Dicipta sebagai rakan gaya hidup serba boleh.
  • Menampilkan teknologi canggih yang mengutamakan fungsi, pengalaman peribadi, dan sambungan digital.
  • Menunjukkan komitmen Toyota terhadap mobiliti elektrik yang inklusif.

3. Hilux FCEV Concept: Teknologi Hidrogen

  • Menggunakan hidrogen dan oksigen untuk menghasilkan tenaga elektrik.
  • Berasaskan komponen utama dari Toyota Mirai, yang terkenal dengan keandalannya dalam teknologi hidrogen.
  • Tiga tangki hidrogen bertekanan tinggi memberikan jarak pemanduan lebih dari 600 km, menjadikannya sesuai untuk perjalanan jauh dan tugas berat.

4. KAYOIBAKO: Serbaguna dan Mesra Alam

  • Direka untuk penghantaran dan pengangkutan barang dengan cara yang cekap dan selamat.
  • Menggunakan reka bentuk modular yang boleh diubah suai untuk pelbagai kegunaan, termasuk logistik jarak akhir, bas ulang-alik, atau kedai bergerak.
  • Menyokong operasi mesra alam serta aksesibiliti untuk semua pengguna.

Jentera Berprestasi di KLIMS

Toyota juga mempamerkan model berprestasi tinggi seperti:

  • GR Yaris: Hot hatch yang terkenal dengan prestasi litar.
  • GR Supra GT4: Model perlumbaan yang membawa warisan Supra.
  • GR86: Kereta sport kompak yang menawarkan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.

Dengan pameran yang memukau, Toyota membuktikan komitmen mereka terhadap inovasi dan kelestarian. Harap pada KLIMS akan datang, Toyota mungkin akan melancarkan model secara global di Malaysia, menjadikan acara ini setanding dengan pameran automotif antarabangsa di Indonesia dan Thailand.

KLIMS sekali lagi membuktikan Malaysia sebagai salah satu destinasi penting untuk teknologi automotif masa depan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here