Wakil jualan enggan pulangkan wang, pemuda bertindak rempuh pusat pameran Subaru

6

Seorang pemuda bertindak merempuh sebuah pusat jualan kenderaan terpakai selepas pihak wakil jualan enggan menerima semula Subaru Outback yang dibelinya.

Pemuda berkenaan ingin memulangkan semula Subaru Outback pertengahan 2000-an terpakai itu kepada pengedar Mazda Tim Dahle susulan menemui masalah mekanikal (yang tidak didedahkan) selepas beberapa jam membeli model tersebut.



Menurut ABC4, lelaki itu membeli kereta berkenaan pada pagi Isnin tetapi tidak mengetahui masalah mekanikal tersebut sehinggalah dia memandu pulang.

Seolah tertipu, lelaki itu menghubungi pihak wakil jualan untuk memulangkan kereta tersebut tetapi memberitahunya ia dijual “sebagaimana-adanya” dan mereka tidak akan mengembalikan wang pemuda itu. 

Pemuda tersebut mengugut untuk merempuh pusat jualan berkenaan selepas tidak mendapat kerjasama yang baik. 

Bagaimanapun, pihak pusat jualan tidak mengambil serius ugutan pemuda tersebut. Kemudian pada jam 4 petang, lelaki itu muncul dengan Subarunya lalu merempuh bahagian depan pusat jualan. 

Namun, insiden itu tidak melibatkan kemalangan jiwa dan menerusi video yang dirakam pemuda berkenaan keluar dari kenderaan dan berlalu pergi. 

Lelaki itu telah ditangkap dan didakwa dengan kesalahan jenayah dan membahayakan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here