Laman berita Harian Metro melaporkan lorong kecemasan dan lorong perlahan di KM 9.3 arah utara Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) ditutup susulan kejadian runtuhan cerun.
Lekas dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penutupan dua lorong terbabit bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih kawasan terjejas dilaksanakan.
“Pelan Pengurusan Trafik dan pemantauan 24 jam telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan lebuh raya dan pengguna lebuh raya.
“Pengguna lebuh raya dinasihatkan sentiasa mematuhi Pelan Pengurusan Trafik dan papan tanda semasa melalui lokasi kejadian.
“Segala kesulitan amatlah dikesali,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh menghubungi talian infoline Lekas di 1-800-888-021 bagi mendapatkan bantuan atau sebarang pertanyaan.
INFO KERJA BAIKPULIH CERUN (E21 – LEBUHRAYA LEKAS)
12.35pm🚧 : Terdapat kerja baikpulih cerun di KM 9.4 arah Utara dari Eco Majestic ke Semenyih. Lorong kecemasan, Lorong perlahan dan Lorong tengah masih ditutup. Trafik terkawal.Patuhi arahan papan tanda. Berhati-hati memandu. pic.twitter.com/nFVF64DP2K
— LLM INFO TRAFIK 🇲🇾 (@llmtrafik) December 11, 2024