EP Manufacturing Berhad (EPMB) meraikan pencapaian penting dengan pengeluaran kereta ke-1000 di Kilang Pemasangan Kenderaan di Pegoh, Melaka.
Kejayaan itu menunjukkan komitmen EPMB terhadap kecemerlangan, inovasi, dan kelestarian dalam pembuatan automotif.
Fasa 1 Kilang Pemasangan Kenderaan di Pegoh, Melaka, syarikat itu menjalani kerjasama dengan GWM dan mencapai kejayaan besar, dengan pengeluaran secara konsisten memenuhi piawaian kualiti ketat GWM.
Momentum itu diteruskan dengan persiapan untuk memasang model GWM Jolion pada April 2025, diikuti oleh MPV pada penghujung tahun yang sama untuk pasaran ASEAN.
Selain itu, pada 2025, EPMB bakal memasang model jenama lain, BAIC dari China.
Bagi Fasa 2 akan meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak 30,000 kenderaan tambahan setiap tahun. Diikuti dengan Fasa 3 akan memberi tumpuan kepada pembuatan badan kenderaan dan proses pengecatan.
Sebagai sebuah kumpulan yang pelbagai, EPMB memberi keutamaan kepada lokalisasi komponen kenderaan untuk memperkukuh industri automotif Malaysia.
Melalui fasiliti di Kulim, Tanjung Malim, Batang Kali, Shah Alam, dan Melaka, EPMB memulakan lokalisasi komponen penting bagi kenderaan GWM termasuk kerusi, rangka depan stereng, sistem suspensi dan brek, modul gandar belakang, panel instrumen, konsol tengah, dan trim pintu dalaman.