Aprilia SR GT 200 rebat hingga RM6,000

56

Didi Group, pengedar rasmi Aprilia di Malaysia, mengumumkan kempen jualan eksklusif bagi siri Aprilia SR GT 200 dengan menawarkan rebat sehingga RM6,000.

Kempen itu bermula Disember 2024 ini sementara stok masih ada dengan menawarkan rebat tunai menarik serta peluang hebat untuk merasai kehebatan teknologi inovatif daripada Aprilia.

Kempen itu meliputi tiga varian utama dalam siri SR GT 200:

  1. SR GT 200
  • Harga Jualan: RM19,900
  • Rebat Tunai: RM6,000
  1. SR GT 200 SPORT
  • Harga Jualan: RM20,900
  • Rebat Tunai: RM5,000
  1. SR GT 200 REPLICA
  • Harga Jualan: RM20,900
  • Rebat Tunai: RM2,000

Ciri-Ciri Utama Aprilia SR GT 200





Aprilia SR GT bukan sekadar skuter biasa; ia direka khusus untuk memberikan pengalaman menunggang yang dinamik, selesa, dan serba boleh.

Ia menerima reka bentuk separa off-road dengan tayar semua jenis permukaan memberikan kawalan yakin sama ada di jalan raya bandar atau laluan kasar.

Malah, rekaannya dipengaruhi oleh DNA perlumbaan Aprilia, reka bentuk SR GT tampil sporty dengan posisi ergonomik yang selesa untuk perjalanan jauh.

BACA JUGA >> Lebih jimat! Aprilia SR GT 200 kini ditawarkan 3 servis percuma dan 3 tahun waranti

Selain itu, skuter berkenaan dikuasakan enjin 174cc i-get, ia menawarkan pecutan responsif dan kecekapan bahan api yang sempurna untuk perjalanan harian atau pengembaraan hujung minggu.

 Dilengkapi dengan lampu LED penuh, kluster instrumen digital, dan sistem sambungan pilihan untuk menyelaraskan dengan telefon pintar. Pada masa sama, ditawarkan brek cakera gelombang hadapan dan sistem ABS untuk kuasa pemberhentian optimum.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here