Projek ECRL catat kemajuan 70.06 peratus

50

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 76.06 peratus setakat November lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, projek itu berada pada landasan baik untuk disiapkan pada Disember 2026 bagi jajaran Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dan seterusnya dari Gombak hingga ke Jalan Kastam pada Disember 2027.

“Sehubungan dengan itu, negeri Pahang khususnya telah mencatatkan status kemajuan yang signifikan dengan peratusan kemajuan kerja sebanyak 78.82 peratus setakat November 2024.





ECRL adalah projek berimpak tinggi yang akan menghubungkan taman-taman perindustrian, pelabuhan-pelabuhan, bandar-bandar utama dan zon pelancongan serta menambah baik kesalinghubungan dengan rangkaian rel sedia ada di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara UCYP University dan MRL Sdn Bhd di ibu negara.

Di Pahang ia melibatkan pembinaan tujuh stesen ECRL dan merupakan stesen paling banyak dibina merangkumi Stesen Cherating dan KotaSAS khusus untuk penumpang.

Manakala, stesen Kuantan Port City, Paya Besar, Maran, Temerloh, dan Bentong pula adalah stesen gabungan penumpang dan kargo.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here