Honda Civic Facelift lancar Januari 2025, ini ciri baharu anda perlu tahu…

82

Mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama bukan nasional popular tempatan, Honda Malaysia bakal memperkenalkan Honda Civic Facelift tahun depan.

Sebagai satu model paling laris dalam segmen sedan, Civic terus menjadi pilihan utama pengguna yang mencari gabungan prestasi, gaya, dan kecekapan.

Versi facelift ini memperkenalkan perubahan reka bentuk luaran yang lebih segar dan aerodinamik, dengan elemen premium yang menonjolkan keanggunan sedan moden.





Adakah sedan segmen C ini mampu memenuhi jangkaan peminat tempatan? Ini fakta ringkas Civic facelift yang bakal menjadi salah satu model yang dinantikan tahun depan :

1. Reka Bentuk Lebih Menarik dan Moden

Honda Civic generasi ke-11 itu didatangkan dengan reka bentuk yang menyerlahkan garis badan lebih tajam dan aerodinamik.

Ia tampil dengan gril depan diperbaharui bersama gabungan lampu LED yang menampilkan imej agresif namun elegan.

Bahagian belakang pula tampil dengan lampu kombinasi LED yang direka semula, memberikan sentuhan moden yang memperkuatkan identiti premium Civic. Pilihan rim aloi Hitam Matte 18 inci baharu menambah tarikan visual untuk varian e:HEV RS.

Civic facelift berkenaan memiliki panjang 4,681 mm, lebar (1,802 mm) dan tinggi (1,415 mm) serta jarak roda (2,735 mm).

2. Enjin Cekap dan Berkuasa

Generasi Civic FE itu menawarkan dua pilihan enjin utama iaitu :

1.5L VTEC Turbo : Enjin 1,498cc turbo empat silinder sebaris menghasilkan kuasa 182hp @ 6,000rpm dan tork 240Nm @ 1,700 rpm – 4,500 rpm bersama transmisi CVT.

2.0L e:HEV : Enjin 1,993cc aspirasi semula jadi menghasilkan kuasa 143PS @ 6,000rpm dan tork 189Nm @ 4,500rpm dan motor elektrik (184 PS / 315 Nm).

3. Teknologi Keselamatan Honda Sensing Dipertingkatkan

Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan Honda. Civic Facelift kini didatangkan Honda SENSING dengan sembilan ciri keselamatan termaju seperti:

Adaptive Cruise Control (ACC)

Lane Keep Assist System (LKAS) untuk memastikan kereta kekal pada lorong.

Low-Speed Follow membantu ketika memandu dalam keadaan kesesakan jalan raya.

Collision Mitigation Braking System (CMBS) yang lebih responsif untuk mengelakkan kemalangan.

Honda Malaysia dijangka melancarkan Civic Facelift (2025) awal tahun depan. Dengan kombinasi ciri-ciri baharu ini, model ini dijangka bersaing dalam segmen sedan mewah pada harga yang kompetitif, menjadikannya pilihan menarik untuk pengguna di Malaysia.

Populariti Civic dalam kalangan golongan muda dan profesional mengekalkan dominasinya dalam pasaran sedan segmen-C bersaing dengan Toyota Corolla Altis dan Mazda 3.

Bagaimana pula dengan harga? Julat harga Civic (2025) mungkin sekitar RM130,000 hingga RM160,000 bergantung pada varian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here