95,298 saman langgar lampu merah, polis tingkatkan kamera pengawasan di persimpangan utama

11

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan sebanyak 95,298 saman dikeluarkan bagi kesalahan melanggar lampu merah bermula Januari sehingga November tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, Datuk Sri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kereta merekodkan kesalahan tertinggi sebanyak 44,889 saman dikeluarkan diikuti motosikal (39,468), lori (3,937) dan lain-lain kenderaan (7,004).





“Kesalahan ini menyumbang kepada peningkatan risiko kemalangan jalan raya terutama di kawasan persimpangan utama.

“Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mereka yang melanggar peraturan ini. Pemantauan dan penguatkuasaan lebih ketat akan dijalankan di lokasi yang dikenal pasti sering melakukan kesalahan ini,” katanya menerusi kenyataan media.

Pihak berkuasa juga akan meningkatkan kamera pengawasan di persimpangan utama bagi memastikan pesalah dapat dikesan dan ditangkap dengan segera.

Di samping itu, polis juga akan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain termasuk pihak berkuasa tempatan untuk memastikan kesalahan lampu isyarat merah diambil tindakan di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Penalti kerana mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas iaitu disabitkan dengan denda tidak kurang RM300 atau tidak melebih RM2,000,” tambah beliau.

ARTIKEL LAIN

#TahukahAnda: Ambulans tidak boleh langgar lampu merah

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here