Dalam dunia automotif dan teknologi, kita kerap mendengar istilah OEM, tetapi apakah sebenarnya maksudnya?
OEM adalah singkatan untuk Original Equipment Manufacturer, iaitu pengilang asal produk atau komponen.
Dalam erti kata lain, OEM adalah syarikat yang membuat bahagian atau produk yang digunakan oleh syarikat lain untuk menghasilkan produk akhir.
OEM tidak semestinya menjual produk terus kepada pengguna. Sebaliknya, mereka menghasilkan bahagian atau produk yang digunakan oleh syarikat lain untuk membina produk akhir.
Sebagai contoh, Proton menghasilkan kereta (OEM), tetapi menggunakan tayar dari Continental atau Michelin.
Kelebihan Produk OEM
-
Kualiti Dijamin
Produk OEM dibuat mengikut spesifikasi pengeluar asal, memastikan ia sesuai dengan produk akhir. -
Keserasian Tinggi
Bahagian OEM direka khusus untuk produk tertentu, jadi ia lebih serasi dan tahan lama. -
Jaminan Produk
Produk OEM sering dilindungi oleh jaminan pengeluar, memberikan keyakinan kepada pengguna.
Mengapa OEM Penting?
OEM memainkan peranan penting dalam memastikan produk akhir berkualiti tinggi. Dalam industri automotif, misalnya, penggunaan komponen OEM memastikan kereta, berfungsi dengan baik, selamat digunakan dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.
Alat Ganti Tulen
Malah berbeza pula dengan alat ganti tulen yang dikenali sebagai Peralatan Tulen (OE). Alat ganti tulen adalah dipasang pada kenderaan ketika proses pembuatannya.
Ia biasanya merupakan pilihan paling selamat kerana ia dicipta khusus untuk model kereta berkenaan. Pada masa sama disertakan dengan jaminan daripada pengeluar, cuma harganya akan sedikit mahal.