Selain daripada menjalankan proses restorasi untuk kereta lagenda Nissan Skyline GT-R generasi R32, Nissan juga sedang melakukan projek yang sangat kontroversi – menukar sebuah GT-R R32 menjadi kereta sports elektrik.
Projek ini telah dijalankan sejak Mac 2023 lagi, dan bakal dipamerkan secara rasmi di acara Tokyo Auto Salon 2025.
Enjin asal enam silinder sebaris RB26DETT yang mampu menghasilkan 276 hp (mengikut perjanjian lelaki sejati) itu telah dibuang dan digantikan dengan unit rangkaian kuasa elektrik.
【R32EV】vol.14
10月27日に富士スピードウェイで開催されたR’s Meetingにて、製作途中のR32EVを展示しました。#GTR #R32EV pic.twitter.com/xOxsZJMK6q
— 日産自動車株式会社 (@NissanJP) November 5, 2024
Buat masa ini, Nissan belum sedia untuk mendedahkan spesifikasi R32 berkuasa elektrik ini, besar kemungkinan ia dilengkapi dengan motor elektrik daripada Nissan Ariya Nismo yang mampu menjana kuasa setinggi 430 hp.
Walaupun GT-R R32 EV ini boleh disifatkan sebagai projek one-off, Nissan sebelum ini mendedahkan GT-R generasi baharu akan menjadi supercar berkuasa elektrik.
Menerusi model konsep Hyper Force yang muncul di Japan Mobility Show 2023, supercar ini mampu menjana kuasa setinggi 1,341 hp yang dipadankan dengan teknologi bateri jenis pejal (solid-state).
Teknologi bateri baharu ini hanya akan muncul menjelang tahun 2028, jadi kita boleh jangkakan generasi baharu GT-R R36 akan muncul secara rasmi menjelang akhir dekad ini.