Kia Syros 2025 – Sebuah lagi SUV sub-4 meter untuk pasaran India

44

Kia Syros merupakan sebuah lagi SUV sub-4 meter yang baharu sahaja dilancarkan untuk pasaran India.

Di dalam segmen SUV urban yang sudah tersedia sesak itu, Kia Syros diposisikan antara Kia Sonet dan Kia Seltos bagi melawan model pesaing seperti Hyundai Casper, Inster, Venue, Tata Nexon, Maruti Suzuki Brezza, dan Mahindra XUV 3XO.

Dari segi ukuran, Syros membawakan dimensi sepanjang 3,995 mm, lebar 1,800 mm, tinggi 1,665 mm dengan jarak antara roda 2,550 mm.





Untuk permulaan, Kia Syros ditawarkan dengan enjin petrol 1.0 liter turbo berkuasa 118 hp/172 Nm, atau enjin diesel 1.5 liter berkuasa 114 hp/250 Nm yang memacu roda hadapan.

Versi EV juga dijangka akan menyusul pada masa hadapan.

Syros membawakan rekaan yang lebih berpetak, jarak lega bumi yang tinggi serta kehadiran plastik pelindung badan di sekeliling.

Unit lampu LED utama diposisikan rendah, manakala lampu belakang LED pula membawakan rekaan terpisah.

Masuk ke dalam ruang kabin, Kia Syros menampilkan susun atur papan pemuka yang hampir sama dengan Kia EV3.

Terdapat panel tunggal 30 inci yang menempatkan skrin berkembar 12.3 inci, diikuti skrin 5 ini untuk kawalan iklim.

Bangku belakang pula boleh dialihkan dan dibaringkan, serta lengkap dengan fungsi ventilasi – ciri pertama seumpamanya untuk SUV segmen urban.

Antara ciri lain termasuklah bumbung panorama, sistem pencahayaan ambien 64 warna, sistem audio Harman Kardon 8 pembesar suara, enam beg udara dan sehingga 16 fungsi keselamatan ADAS Tahap 2.

Biarpun nampak kecil, Kia Syros masih mampu menawarkan ruang kargo sebesar 465 liter.

Kia Syros akan dilancarkan secara rasmi di pasaran India seawal tahun 2025, dengan harga jualan yang sedikit mahal berbanding Sonet.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here