Gara-gara ‘fire show’, motosikal terbakar di KL Bike Week

263

Seorang pemilik motosikal kerugian puluhan ribu ringgit selepas motosikalnya terbakar dipercayai terkena percikan api ketika persembahan api (fire show) pada Kuala Lumpur Bike Week, Sabtu.

Kejadian yang berlaku di KL Heritage Valley dekat Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur itu berlaku begitu pantas sehingga menyebabkan kebakaran kecil di tempat tersebut.

@ariedavidsonn

Replying to @mrmsxciv_ 1 bijik PAN AM 1 bijik Sporster terbakar di ecent @klbikeweek 2024 #klbikeweek #malaysia #harleydavidson

♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA





Insiden itu juga dirakam peserta program tersebut dan tular di media sosial pada hari yang sama.

“Kebakaran kecil di Kuala Lumpur Bike Week semalam (Sabtu) yang berpunca disebabkan api daripada fire show’.

“Percikan api terjatuh atas motosikal penganjur. Tiada kemalangan jiwa berlaku,” tulis hantaran tersebut.

Melalui video berdurasi kurang seminit yang dikongsikan itu beberapa individu dilihat cuba memadam api kebakaran itu menggunakan pemadam api.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pemilik motosikal tersebut mahupun penganjur.

Kuala Lumpur Bike Week 2024 berlangsung pada 20 hingga 22 Disember  menghimpunkan peminat motosikal dari seluruh negara dan melibatkan pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan ekstrem.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here