Masalah lampu amaran TPMS : Tesla panggil balik hampir 700,000 kenderaan

25


Syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla memanggil balik hampir 700,000 kereta di Amerika Syarikat susulan kerosakan pada lampu amaran. 

Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), kempen panggil balik itu melibatkan 694,304 kenderaan bagi model Cybertruck, Model 3 dan Model Y. 





“Kenderaan yang terjejas termasuk model Cybertruck 2024, Model 3 keluaran tahun 2015 hingga 2017 serta Model Y dari tahun 2020 hingga 2025,” kata NHTSA. 

Penarikan itu dilakukan selepas lampu amaran pada sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) dipercayai rosak. 

“Lampu amaran pada sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) mungkin kekal menyala semasa pemanduan, sekali gus menyebabkan pemandu tidak diberi amaran tentang tekanan tayar rendah.

“Memandu dengan tayar yang tidak dinaikkan dengan betul boleh meningkatkan risiko kemalangan,” tambah NHTSA

Pemilik kenderaan akan dimaklumkan menerusi surat menjelang 15 Februari tahun depan, manakala isu tersebut akan diselesaikan melalui kemas kini perisian secara percuma.



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here