Tujuh sekeluarga tiga bulan tinggal dalam Perodua Bezza

13


Tujuh sekeluarga yang menjadikan Perodua Bezza sebagai tempat berteduh selama lebih tiga bulan mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

Menerusi perkongsian Facebook dan TikTok miliknya, beliau yang juga merupakan Menteri Sumber Manusia mengunjungi keluarga tersebut.





Video berkenaan menunjukkan keadaan keluarga berkenaan yang berada di luar kereta dan tikar dibentangkan di bahagian luar untuk duduk berehat.

Steven turut bertanyakan bagaimana mereka tidur memandangkan ruang kabin yang terhad bagi tujuh ahli keluarga.

Hilmi memberitahu seorang anaknya akan tidur di dalam bonet dan dia akan membuka tingkap bagi memastikan udara masuk. 

@stevensimck

Rumah bergerak 7 sekeluarga 🚗 #stevensim #jalanteruih #fyp #foryou #fypシ #foryoupage #penangjalanteruih #kerajaanmadani #parlimenmalaysia #pmx #madani #fypシ゚ #parlimen #ksm #kesuma

♬ original sound – Nashrul Sekon – Nashrul Sekon

Steven menyatakan cermin bahagian belakang yang pecah ditutupi dengan plastik susulan tiada kemampuan. 

“Oleh sebab hidup berkelana dalam kereta usang, Hilmi akhirnya terpaksa melepaskan kerja sebagai driver lori. Takkan nak biarkan isteri dan anak tinggal dalam kereta tak bercermin ketika dia bawa lori berjauhan.
 
“Tapi Hilmi tak berputus asa. Kereta usang yang jadi rumah tu, kereta itu juga dibawa ke sana kesini buat Lalamove. Bila hantar barang, satu famili terpaksa pi bersama. Kais pagi makan pagi,” katanya.
 
Prihatin dengan keadaan tersebut, beliau mencarikan rumah baharu dengan bantuan sewa setahun, membelikan perkakasan rumah dan mendapatkan kerja buat Hilmi di sebuah syarikat lori manakala anak-anaknya dibantu untuk bersekolah semula.
 
“Malam ni saya gembira mengetahui Hilmi dan isteri Yani, anak-anak mereka Syukur, 9 tahun, Rizqi 7 tahun, Amin 4 tahun, Rahmat 3 tahun, Aisyah 2 tahun tidak lagi hidup
berbumbungkan langit beralaskan kain usang di tepi jalan,” jelasnya. 
 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here