Tujuh sekeluarga yang menjadikan Perodua Bezza sebagai tempat berteduh selama lebih tiga bulan mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.
Menerusi perkongsian Facebook dan TikTok miliknya, beliau yang juga merupakan Menteri Sumber Manusia mengunjungi keluarga tersebut.
Video berkenaan menunjukkan keadaan keluarga berkenaan yang berada di luar kereta dan tikar dibentangkan di bahagian luar untuk duduk berehat.
Steven turut bertanyakan bagaimana mereka tidur memandangkan ruang kabin yang terhad bagi tujuh ahli keluarga.
Hilmi memberitahu seorang anaknya akan tidur di dalam bonet dan dia akan membuka tingkap bagi memastikan udara masuk.
@stevensimck Rumah bergerak 7 sekeluarga 🚗 #stevensim #jalanteruih #fyp #foryou #fypシ #foryoupage #penangjalanteruih #kerajaanmadani #parlimenmalaysia #pmx #madani #fypシ゚ #parlimen #ksm #kesuma
Steven menyatakan cermin bahagian belakang yang pecah ditutupi dengan plastik susulan tiada kemampuan.