JPJ tingkatkan penguatkuasaan kenderaan perdagangan

66


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan tindakan baharu dan melipat gandakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan khususnya melibatkan kesalahan teknikal.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya memandang serius terhadap trend kemalangan yang melibatkan kenderaan perdagangan sehingga menyebabkan kematian pengguna jalan raya yang lain.

Gambar hiasan

“Kita akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.





Tambah beliau, pihaknya akan menyemak dan memeriksa prosedur pemeriksaan berkala kenderaan perdagangan yang dilakukan oleh Puspakom atau pusat pemeriksaan kenderaan yang dilantik.

“JPJ akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Ia adalah untuk memeriksa dan memantau bengkel yang berdaftar serta bengkel haram yang disyaki menyediakan perkhidmatan menyewa peralatan bagi tujuan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan,” katanya.

Selain itu, pihak JPJ juga akan menambah elemen pematuhan dan pengetahuan teknikal kepada pemandu sebelum sijil dikeluarkan.

TIADA KOMPROMI TAHUN DEPAN

Gambar hiasan

Beliau berkata, tahun hadapan akan dijadikan tahun penguatkuasaan dengan JPJ tidak berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mempunyai cubaan dalam langkah bersubahat melakukan kesalahan teknikal terutamanya berkaitan kenderaan perdagangan.

“Semua pemandu kenderaan perdagangan supaya sentiasa bertanggungjawab dalam mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dilaksanakan terhadap pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan.

Tindakan akan dilaksanakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Orang ramai boleh melaporkan aduan berkaitan kesalahan yang melibatkan kenderaan perdagangan secara terus atau real time menggunakan Aplikasi MyJPJ: e-Aduan@JPJ atau emel aduantrafik@jpj.gov.my beserta dengan butiran lengkap aduan.



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here