Tayar dah gelong, pemuda tahan lori

50


Sebuah perkongsian video lama pada Oktober lalu kembali tular, apabila seorang pemuda menahan sebuah lori di lebuh raya selepas melihat salah satu tayarnya hampir tercabut.

Ia susulan tragedi yang mengakibatkan kehilangan tujuh nyawa, dipercayai berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut, dalam kemalangan di KM204.0 Lebuhraya PLUS arah utara di Melaka, pada Isnin masih lagi terasa.

Dalam video yang dimuat naik oleh Rulamrul Advansado di Facebook, seorang lelaki memberitahu terpaksa menahan lori berkenaan apabila melihat tayar lori tersebut hampir tercabut.





“Aku tahan sebab tengok tayar dah gelong (bergerak tidak lurus). (Bila tengok balik) Tayar ada satu sahaja skru.

“Dia (lori) nak potong, aku dah tahan, sekat habis. Kalau tayar tercabut, macam mana nak tahan? Ini tinggal satu skru, banyak nyawa boleh selamat (bila lori ditahan),” katanya.

Video itu kini mendapat 1.7 juta tontonan, lebih 39,000 tanda suka dan 5,000 komen.



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here