Harga petrol RON 97 naik 3 sen

32


Harga runcit petrol RON97 meningkat sebanyak 3 sen seliter menjadi RM3.25 berbanding RM3.22 seliter bagi tempoh 26 Disember hingga 1 Januari 2025.

Sementara, RON95 kekal pada harga RM2.05 seliter dan diesel kekal RM2.95 seliter. 

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata harga runcit diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal dengan RM2.15 seliter.





MOF memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara,” menurut kenyataan itu.



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here