Ibu dan anak maut kemalangan

73


Seorang wanita dan anak lelakinya maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di KM212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), arah Selatan, dekat Manjung, pagi tadi.

Dalam insiden kira-kira jam 5 pagi itu, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24 dan kanak-kanak lelaki berusia anggaran dua tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.





Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.15 pagi.

“Kemalangan melibatkan Proton Wira dan Perodua Kelisa, kesemua enam mangsa tidak tersepit dikeluarkan oleh orang awam.

“Dua mangsa maut di lokasi kejadian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala empat lagi mangsa cedera dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk menerima rawatan,” katanya.

Operasi yang disertai tujuh anggota bomba itu ditamatkan jam 7.10 pagi.



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here