Indonesia lancar Yamaha Aerox Alpha, harga mula RM8,250

93


PT Yamaha Indonesia Motor Mfg (YIMM) baru-baru ini memperkenalkan skuter Yamaha Aerox Alpha dengan empat pilihan varian iaitu :

  • Turbo Ultimate : Rp41,730,000 (RM11,515)
  • Turbo : Rp39,550,000 (RM10,913)
  • Cybercity : Rp33,990,000 (RM9,379)
  • Standard : Rp29,900,000 (RM8,250)

Generasi ketiga Aerox tersebut mengukuhkan lagi kehadirannya dalam segmen skuter sport di Indonesia menerusi pembaharuan pada rekaan, ciri peralatan dan teknologi termaju. 

Bahagian janakuasa, Aerox Alpha menggunakan enjin Blue Core 155cc VVA generasi terbaru yang menghasilkan kuasa 15.4PS @ 8,000rpm dan tork maksimum 14.2Nm @ 6,500rpm.





Kemudian ia dipadankan dengan teknologi Yamaha Electric CVT (YECVT) yang memberikan sensasi tunggangan Turbo layaknya NMAX “Turbo”.

Berikut ciri peralatan yang didatangkan pada Yamaha Aerox Alpha : 
  • Dikembangkan dengan konsep skuter super sport yang terinspirasi dari DNA R-series, Aerox Alpha memiliki rekaan sporty dan aerodinamik layaknya motor lumba legenda Yamaha, iaitu YZF-R1M.
  • Kesan motorsport yang agresif semakin kuat menerusi rekaan lampu depan dan belakang yang dibuat lebih tajam dan ciri khas Yamaha R-DNA dengan ciri LED penuh.
  • Kemudian ia dilengkapi dengan dua projektor LED berbentuk kotak untuk meningkatkan kualiti pencahayaan yang lebih terang dan fokus.
  • Rekaan meter digital penuh yang sporty didatangkan dengan tiga pilihan paparan bersama perubahan warna latar (hanya pada dua varian tertinggi) menerusi mod Standard, Dinamik dan Sport.
  • Terdapat dua mod tunggangan turbo iaitu Mod T : Town Commuting (untuk tunggangan dalam bandar) dan Mod S : Sport Touring (untuk pengendalian yang memerlukan pecutan lebih seperti saat perjalanan keluar kota).

  • Manakala TURBO Y-Shift (tersedia dua varian teratas) memberikan pengalaman pecutan dengan tiga tahap (low, medium dan high) yang dioperasikan melalui tombol Y-Shift ketika ingin memecut atau nyah pecutan.

  • Sebagai tambahan keselamatan, Aerox generasi baharu dilengkapi Sistem Emergency Stop Signal yang berfungsi secara automatik ketika penunggang melakukan brek mendadak pada kelajuan minimum 50kmj.

  • Stop & Start System (SSS) berfungsi menjimatkan penggunaan bahan bakar yang tidak perlu pada saat motor sedang berhenti. Ia didatangkan pada tiga varian teratas. 

  • Ciri keselamatan seperti Smart Key System yang dilengkapi ciri Answer Back System dan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) ditawarkan pada tiga varian teratas manakala Sistem Kawalan Traksi hanya didatangkan pada varian Turbo dan Turbo Ultimate. 

  • Aerox didatangkan dengan sistem navigasi sokongan Google Maps yang terpasang dengan aplikasi Y-Connect menerusi paparan arah anak panah pada skrin TFT. 

  • Keupayaan membrek diserahkan kepada brek cakera depan dan belakang bersama suspensi teleskopik (depan) serta unit swing dengan sub tank di belakang.
  • Tunggangan jauh semakin melegakan dengan adanya soket kuasa elektrik USB Type A, ruangan simpanan 24.5 liter dan tangki minyak sebesar 5.5 liter. 

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here