Pembersihan tumpahan minyak kemalangan Karak capai 57 peratus

298

Kerja pembersihan tumpahan minyak akibat kemalangan lori di KM27.9 Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur mencapai tahap 57 peratus setakat jam 8 pagi tadi. 

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyatakan kerja-kerja pembersihan di lokasi insiden tumpahan minyak terlibat masih giat dijalankan oleh kontraktor yang dilantik bersama LUAS, Air Selangor dan pihak Indah Water Konsortium (IWK). 

Honda

“Sebanyak 4 buah lori tangki sedut pihak IWK digunakan bagi menyedut sisa minyak di lebuhraya.

“Di dalam masa yang sama, kerja-kerja pembersihan secara manual (menyodok keluar sisa minyak) juga dilaksanakan bagi mempercepatkan proses,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Semalam, media melaporkan insiden kemalangan lori tangki minyak kelapa sawit yang menyebabkan tumpahan minyak mengalir ke longkang berhampiran dianggarkan sejauh 150 meter.

Semakan LUAS juga mendapati terdapat limpahan tumpahan tersebut di lebuh raya mengalir ke anak Sungai Gombak, bagaimanapun tumpahan tersebut telah membeku.

LUAS juga melaksanakan tindakan kawalan pencegahan dengan meletakkan oil boom di anak Sungai Gombak bagi memerangkap sebarang kesan minyak masuk ke sungai berkenaan.
 
LUAS juga meletakkan sebanyak 10 beg activated carbon (AC) di kawasan terlibat bagi tujuan nyahbau.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here