JPJ : Sita dan lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan

74

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan sita dan lucut hak terhadap kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Ketua Pengarah, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata ia susulan beberapa siri kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya melibatkan kenderaan tersebut.

Honda

Katanya, tindakan tegas itu melalui Kaedah-Kaedah daripada akta berkenaan menerusi Operasi Khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.

“Menerusi tindakan penguatkuasaan itu, pemilik syarikat atau kenderaan akan diambil tindakan di bawah Seksyen 57 Akta 715 atas kesalahan disyaki melanggar Lesen Pengendali iaitu gagal beri keutamaan yang tinggi ke atas pengguna jalan raya  lain. 

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda di bawah seksyen yang sama iaitu
denda tidak kurang RM 1,000 dan tidak melebihi RM 500,000,” katanya dalam kenyataan media.

Atas kesalahan tersebut juga, kenderaan yang terlibat boleh disita di bawah Seksyen 80 Akta 715 dan kenderaan itu turut boleh dilucut hak sekiranya sabit kesalahan.

Pihak JPJ akan menumpukan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan melibatkan kesalahan lebih muatan, teknikal, dokumentasim lalu lintas dan teknikal pembuatan dan penggunaan kenderaan.

Pihak JPJ menegaskan tiada kompromi terhadap pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

“JPJ memandang serius dengan trend kemalangan yang melibatkan kenderaan perdagangan sehingga menyebabkan kematian pengguna jalan raya yang lain,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here