Daihatsu mengumumkan barisan produk yang bakal dipamerkan pada acara Tokyo Auto Salon 2025 pada Januari depan.
Selain daripada beberapa model kei van yang telah diubahsuai untuk pelbagai kegunaan, terdapat sebuah ‘pocket rocket’ yang bakal turut serta di reruai pengeluar berkenaan, iaitu Mira e:S Turbo Concept.
Menggunakan asas daripada generasi kedua Mira e:S yang telah wujud sejak 2017, Mira e:S Turbo Concept ini dipadankan dengan unit enjin 660 cc berkuasa turbo dan transmisi manual lima-kelajuan.
Untuk bahagian luaran, Mira e:S Turbo Concept ini dipadankan dengan bampar hadapan yang telah direka semula, diikuti dengan sirip sisi dekoratif dan rim aloi BBS yang lebih sporti.
Berdasarkan logo GR yang tertera, besar kemungkinan Mira e:S Turbo Concept ini menampilkan tetapan casis yang lebih sporti berbanding model spesifikasi standard.
Selain Mira e:S Turbo Concept, Daihatsu akan mempamerkan model-model berikut:
-Mira e:S Rally Japan 2024
-Copen GR Sport
-Hijet Truck Jumbo Extend
-Atrai Wildranger
-Hijet Truck Lift Disaster Relief
-Hijet Truck Tool Base