PRO-NET, anak syarikat kepada pengeluar automotif nasional Proton menerima lebih 2,500 tempahan e.MAS 7.
Pembukaan tempahan kereta elektrik (EV) pertama syarikat nasional itu bermula Oktober lalu yang mana ditawarkan menerusi dua pilihan varian iaitu Prime dan Premium.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata kesungguhan yang ditunjukkan rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS 7 mencerminkan kesediaan menerima mobiliti lestari.
“Dengan gabungan ciri inovatif dan nilai yang luar biasa, Proton e.MAS 7 direka untuk menjadi pilihan ideal bagi mereka yang ingin beralih kepada EV,” katanya.
Proton e.MAS 7 dibangunkan secara bersama dengan Geely melibatkan 230 jurutera dan pereka Proton.
Varian Prime didatangkan dengan kapasiti bateri 49.52kWh dengan jarak perbatuan 345km (WLTP) manakala versi Premium memiliki bateri lebih besar iaitu 60.22kWh dengan jarak pemanduan sejauh 470km (WLTP).
Bagi meraikan pencapaian tersebut, Proton menawarkan Pakej Kuasa Pelancaran istimewa kepada 3,000 pelanggan pertama, dengan menyediakan pakej manfaat eksklusif bernilai sehingga RM8,000 untuk meningkatkan pengalaman pemilikan EV:
- Power Home: Pengecas 7kW Home Charger Percuma bernilai RM 1,500
- Power Plus: V2L Adaptor Percuma bernilai RM 500
- Power Online: 5-Tahun Data Internet Tanpa Had bernilai RM 1,800
- Power Thru: Jaminan Kenderaan Jarak Tanpa Had selama 6 tahun
- Jaminan Bateri dan Komponen Bervoltan Tinggi 8-Tahun / 160,000km
- Power Financing: Kadar Faedah 1.98% dari Proton Commerce sehingga RM3,000
- Power Exchange: Rebat Eksklusif Proton Owner Trade-In bernilai RM 1,200