Polis tahan wanita bakar Honda RS-X

22


Polis menahan seorang wanita susulan video tular membakar sebuah motosikal di Jalan Masjid Pokok Assam, Ipoh.

Wanita berusia lingkungan 40 tahun itu ditahan sekitar jam 7.30 malam pada Khamis selepas polis menerima laporan kes tersebut daripada seorang lelaki.





Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku melibatkan Honda RS-X berwarna hitam.

Menurutnya, ketika kejadian penarik kenderaan datang untuk membawa motosikal tersebut akibat tunggakkan ansuran selama 20 bulan.

“Keadaan itu menimbulkan rasa tidak berpuas hati kepada wanita berkenaan.

“Wanita itu dikatakan telah menyimbah cecair disyaki petrol ke atas motosikal lalu membakarnya,” katanya .

Susulan itu, wanita berkenaan ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.

“Kanun tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here