Pesawat Jeju Air kedua alami masalah gear pendaratan

1971


Hanya sehari selepas nahas maut penerbangan Jeju Air 7C2216 di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, pesawat kedua syarikat berkenaan Boeing 737-800 dilaporkan mengalami masalah gear pendaratan di Gimpo, Seoul.

Korea JoongAng Daily melaporkan bahawa penerbangan Jeju Air 7C101, yang dikendalikan oleh Boeing 737-800 dilaporkan mengalami kerosakan gear pendaratan pada Isnin.





Penerbangan Jeju Air 7C101 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo (GMP), Seoul pada pagi Isnin yang merupakan perkhidmatan berjadual ke Bandar Jeju.

Menurut Korea JoongAng Daily, kru penerbangan melaporkan pesawat mengalami masalah dengan gear pendaratan. Ia dilaporkan sejurus selepas pelepasan dari Gimpo.

Prosedur pendakian kemudiannya ditamatkan dan juruterbang membuat keputusan berpatah semula ke GMP.

Krew penerbangan tidak mengisytiharkan kecemasan rasmi dan keputusan berpatah semula serta-merta dibuat di bawah prosedur operasi biasa. Pesawat itu mendarat di lapangan terbang tanpa insiden.

INFORMASI PENERBANGAN 

Data penerbangan menunjukkan penerbangan 7C101 berlepas mengikut jadual pada jam 6.44 pagi dari Gimpo, Seoul pada Isnin.

Selepas berlepas, kru penerbangan menghentikan pendakian pada 5,000 kaki dan memutuskan berpatah semula pada ketinggian tersebut. 

Perkhidmatan 7C101 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju (CJU) ialah pesawat Boeing 737-800 dengan pendaftaran HL8090.

Ia merupakan pesawat dengan badan kecil berusia 15.5 tahun milik syarikat penerbangan Jeju Air yang telah beroperasi sejak Mac 2017.

Susulan kejadian itu, syarikat penerbangan menggantikan pesawat lain bagi meneruskan perjalanan berjadual ke Jeju. 

Insiden di Gimpo, Seoul berlaku hanya sehari selepas nahas maut penerbangan Jeju Air 7C2216, yang dalam perjalanan pulang dari Bangkok ke Lapangan Terbang Antarabangsa Muan.

Siasatan kemalangan nahas penerbangan 7C2216 kini tertumpu pada kemungkinan kerosakan sistem gear pendaratan pesawat berikutan serangan burung ketika ingin mendarat.

ARTIKEL LAIN

Tulisan tangan ‘Made In Malaysia’ pada palam pintu pesawat Alaska Airlines cetus persoalan



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here