Malaysia diramal bakal jadi ‘tanah perkuburan kereta terpakai’

7947


Malaysia diramalkan menjadi ‘tanah perkuburan kereta terpakai‘, jika masalah lambakan ekoran kejatuhan mendadak harganya tidak diselesaikan secara tuntas.

Penganalisis automotif, Hezeri Samsuri, mendedahkan beberapa faktor utama yang menyumbang kepada fenomena lambakan pasaran kereta terpakai yang mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak.

Katanya, antaranya adalah tawaran promosi kereta baharu agresif, tempoh pinjaman sehingga sembilan tahun, kos penyelenggaraan kereta berusia yang tinggi dan trend pengguna yang gemar menukar kereta baharu selepas tempoh waranti tamat.





“Kereta terpakai di pasaran dunia pertama memang murah, tetapi dikenakan insurans tinggi dan pemeriksaan berkala. Akhirnya, ramai yang terpaksa melupuskan kereta mereka. Malaysia perlu belajar daripada situasi ini,” katanya.



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here