Puspakom tidak akan lindungi kakitangan terlibat salah laku

70


Kakitangan Puspakom yang terlibat dalam salah laku tidak akan dilindungi dari sebarang tindakan disiplin dalaman sekiranya terbukti melakukan perbuatan tersebut.

Ia susulan pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Puspakom Wangsa Maju mendapati sebuah kenderaan yang dianggap tidak selamat telah lulus pemeriksaan di syarikat tersebut.

Gambar hiasan

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata pihaknya mengesahkan dua kakitangan dari cawangan berkenaan dipanggil bagi memberikan keterangan kepada JPJ pada Selasa.





“Untuk memastikan integriti pemeriksaan Puspakom, syarikat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap kakitangan tersebut seperti yang diperuntukan di bawah terma dan syarat kontrak pekerjaan, termasuk penggantungan atau pembuangan kerja,” katanya

Mahmood berkata pihaknya sedia memberi kerjasama dan mengalu-alukan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JPJ bagi memastikan operasi pemeriksaan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Langkah tersebut akan membantu usaha membudayakan amalan keselamatan jalan raya di negara ini.

“Pemeriksaan mengejut ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan JPJ untuk memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang kenderaan di jalan raya.

“Kami menyokong penuh inisiatif ini untuk memastikan segala prosedur pemeriksaan dilakukan dengan telus dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Puspakom menzahirkan penghargaan kepada JPJ di atas operasi ini, dan menggalakkan orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang salah laku yang berkaitan dengan Puspakom di 1-800-88-2005 atau whistleblowing@drb-hicom.com,” jelasnya.  



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here