Imigresen gempur ‘ulat parkir’ warga asing

403

Kegiatan kumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjadi ulat parkir di sekitar ibu negara ditumpaskan semalam.

Warga asing berkenaan dipercayai mengenakan caj sekitar RM5 hingga RM10 bagi setiap kenderaan dan dipercayai kegiatan itu dibuat secara bergilir-gilir.

Bertindak hasil maklumat, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur melaksanakan Op Kutip KL Strike Force dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Watch on TikTok

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi bermula jam 1 petang di dua lokasi iaitu Bukit Bintang dan Jalan Berangan.

Hasil operasi, pihaknya menahan 17 lelaki warga asing berusia lingkungan 20 hingga 30-an.

“Semakan mendapati 15 orang melibatkan warga Myanmar dan dua lagi warga Bangladesh,” katanya.

Beliau berkata, kesemua PATI ini bekerja sebagai penjaga parkir haram.

Tambahnya, siasatan dijalankan untuk mengenal pasti sama ada kegiatan itu melibatkan sindiket, berapa gaji diterima mereka dan lain-lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Terdahulu tular di media sosial satu klip video berdurasi satu minit 38 saat berhubung rungutan seorang warga tempatan berkenaan kehadiran warga asing yang sesuka hati meminta caj parkir di kawasan awam.

ARTIKEL LAIN

Polis tumpas kegiatan kutip parkir haram di ibu negara, 5 warga asing ditahan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here