Salah guna kuasa pemeriksaan Puspakom, JPJ serah kepada SPRM

54


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat unsur salah guna kuasa berkaitan kes kenderaan yang tidak selamat namun didapati diluluskan di Puspakom Wangsa Maju pada Isnin.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata tiga kakitangan Puspakom dirakam keterangan berhubung kes berkenaan.





Beliau berkata, kesemua individu berkenaan tiba di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya kira-kira jam 10.30 pagi.

“JPJ sedang menjalankan soal siasat terhadap tiga kakitangan itu bagi siasatan lanjut berhubung kes sebuah kereta yang didapati tidak selamat namun lulus pemeriksaan Puspakom.

“Siasatan dijalankan ini melibatkan elemen penguatkuasaan, teknikal dan integriti,” katanya. 

Tambah beliau, pihaknya akan menumpukan berkaitan integriti dan salah laku. 

“JPJ akan menekankan soal kesalahan atau kerosakan teknikal melibatkan kenderaan itu dan sebab ia diluluskan, namun fokus utama adalah integriti serta salah laku.

“Sekiranya didapati berlaku pelanggaran peraturan dan prosedur yang menjurus kepada salah guna kuasa dan rasuah, ia akan diserahkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Pihak JPJ turut akan mencadangkan beberapa perkara untuk meningkatkan penguatkuasaan.

“Sekiranya didapati berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard, kita akan rangkumkan beberapa cadangan untuk diangkat perkara ini kepada Menteri Pengangkutan,” katanya.

ARTIKEL LAIN

Puspakom : Kira-kira 284,000 kenderaan tidak lepas pemeriksaan berkala tahun lalu

 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here