Siapa yang tidak kenal dengan supercar seperti Ferrari. Pengeluar kereta dari Itali berlogo kuda dikatakan telah menjadi ikon kereta berprestasi tinggi di dunia. Tetapi, adakah anda tahu bahawa pernah ada motosikal Ferrari?
Sekurang-kurangnya ada sebuah model atau satu-satunya motosikal yang dibuat di bawah Ferrari pada tahun 90-an. Motosikal itu dibina oleh David Kay dari David Kay Engineering dengan kebenaran bertulis daripada anak Enzo Ferrari, Piero Ferrari. Jentera itu dibuat sebagai penghormatan kepada Enzo Ferrari.
Kay adalah pakar motosikal Itali dengan MV Agusta. Lelaki ini mengetahui segala-galanya mengenai motosikal Itali yang dihasilkan sebelum tahun 1998. Dengan semua kepakaran dan pengetahuannya, Kay dipercayai membuat motosikal yang membawa logo Ferrari.
Dalam proses itu, Kay tidak bersendirian. Enjin DOHC 900cc 4-silinder dibuat khas oleh Kay dari awal. Bahagian badan yang diperbuat daripada aluminium dan megaphone muffler dibantu oleh Terry Hall. Sistem penggantungan depan upsidedown oleh Forcelle Italia. Roda aloi 17-inci dari Australite dilengkapi dengan brek depan dan belakang dari Brembo.
Jentera seberat 172kg ini boleh mencapai kelajuan maksimum 265km/j. Dalam keadaan baru, motosikal ini dikatakan mampu menhasuilkan sehingga 105hp pada 8,800 rpm. Tetapi di jalan raya, motosikal ini sebenarnya tidak pernah menunjukkan kemampuan sebenarnya kerana ia direka lebih sebagai karya seni.
Sehingga kini motosikal ini telah masuk dan keluar dari rumah lelong. Harga lelongan terakhir motosikal ini mencapai USD 308,281 atau bersamaan dengan RM1,274,156.
Ferrari sendiri dikatakan tidak mempunyai minat untuk membuat motosikal sebagai pengeluaran besar-besaran buat masa ini atau pada masa akan datang. Bagaimana dengan anda semua? Adakah anda bersetuju jika Ferrari menghasilkan motosikal secara besar-besaran?