Kutipan tol di Plaza Tol Assam Jawa, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bermula 3 Januari pada jam 12.01 tengah malam selepas sebulan lebih dikecualikan bayaran.
Pada November lalu, pengecualian tol diberikan sempena pembukaan Seksyen 6, Persimpangan Bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke Persimpangan Bertingkat Assam Jawa, pengguna menikmati tol percuma bermula 21 November 2023 hingga 2 Januari 2024.
Lebuhraya WCE Seksyen 6 sepanjang 21.8km tersebut menghubungkan secara terus pengguna lebuhraya dari Kapar ke Assam Jawa, Selangor.
Kadar bayaran tol bagi kelas kenderaan satu iaitu kereta dicaj RM5.05, lori iaitu kelas dua (RM10.11), treler iaitu kelas tiga (RM15.16), kelas empat iaitu kereta jenis teksi (RM2.53) dan bas iaitu kelas lima dicaj RM3.79.