Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan Nissan Almera Edisi Kuro (hitam) serba baharu ke pasaran tempatan.
Almera dengan warna badan Glacier Grey itu didatangkan dengan kemasan hitam berkilat pada gril depan dan rim aloi sebagai standard pada ketiga-tiga varian.
Pakej Kuro yang berharga RM8,000 didatangkan dengan aksesori berwarna hitam merangkumi :
- Spoiler bampar depan
- Spoiler bampar belakang
- Skirting sisi
- Spoiler penutup but
- Filem haba ICE Cool
- Pedal sport
- Plat pemijak kaki
- Pelindung pemegang pintu
- Visor pintu
ETCM turut menawarkan Pakej Kuro GT yang menambah keunikan sedan segmen-B itu menerusi Tomei GT wing dan rim aloi Impul 16-inci pada harga RM3,200.
Untuk permulaan, ETCM menawarkan promosi yang mana Pakej Kuro boleh didapati pada harga RM1,000 dan Pakej Kuro GT (RM1,500) yang terhad pada 300 set kenderaan.
Edisi Kuro tanpa kit badan dijual pada harga standard iaitu RM83,888 bagi varian VL, RM89,888 (VLP) dan RM95,888 (VLT).
Nissan Almera menggunakan enjin 1.0 liter turbo 3-silinder yang menghasilkan kuasa 100PS dan tork 152Nm bersama transmisi CVT.